Search

TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 67)

Kabul ( I...

  • Share this:

TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 67)

Kabul ( II )

Pesawat mula memasuki ruang udara Afghanistan. Cantik sungguh mukabumi Afghanistan dari udara. Rasa takut & gerun hilang sekejap dalam gelombang minda. Rasa teruja muncul.

Pesawat semakin menghampiri lapangan terbang Kabul yang terletak di sebuah lembah di kelilingi bukit2. Pesawat seolah2 menurun anak tangga dari udara disambut oleh bukit2 sekeliling. Indah sungguh.

Lapangan terbang tidak besar. Ia lapangan antarabanga terkecil yang saya pernah sampai. Namun imigresyennya cekap. Nampak sangat mereka mengalukan kedatangan tetamu luar.

Tempat mengambil bagasi hanya satu. Setakat ini tidak ada perkara pelik. Saya dah dapat bagasi saya. Kemudian saya ternampak ramai warga luar berkumpul mengelilingi seorang pegawai kastam. Saya ingin sahaja meninggalkan kawasan kastam. Namun terdetik di hati nak tahu juga apa yang sedang berlaku. Mereka semuanya berebut2 nak dapat satu borang. Saya tak tahu menahu. Saya tanya orang sekelling. Saya dapat jawapan 'borang lapor diri ke pejabat polis & borang keluar negeri'. Nasib baik saya bertanya. Saya ambil satu borang.

Bila sahaja sampai di luar, hati saya terus kecut. Hati tikus. Tentera bersenjata lengkap ada di mana2 sahaja. Bila berada di luar bangunan, tidak tahu nak ke mana. Tiada panduan. Saya hanya mengikut orang ramai berjalan sejauh 80 meter menghala satu check point.

Di sana, saya disambut oleh rakan kongsi saya di Kabul. Terus dibawa ke atas kereta. Ramai warga asing berkulit putih memakai vest kalis peluru. Kereta mereka pun ada kereta pengiring keselamatan. Hati tikus saya jadi hati ulat.

Saya melepasi kawasan bandar. Sesak sangat tapi bersih. Sebaik sahaja sampai di hotel Serena, ada 4 check point. Ada tentera. Ada anjing pengesan senjata api & bom. Ada scan. Ada pemeriksaan badan. Nak masuk hotel, kena seorang lepas seorang.

Hotel lama tapi lima bintang. Cantik sangat lanskapnya. Nampak sebuah bukit dari tingkap hotel. Ada taman indah dalam hotel. Nampak hotel ini terkawal & selamat. Tapi ada juga golongan Taliban terlepas masuk dalam hotel di masa lepas membunuh mangsa mereka.

Nyawa di Afghanistan sentiasa terancam. Kalau bagitu, kenapa saya di sini?

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts